Monday, January 30, 2012

Aku,Dosa & Pahala

Percaturan yang lengkap sudah ditentukan oleh Nya.Barangkali kita manusia,yang hanya mampu bertahan hanya seketika.Kata tak pernah terucap..bibir tak pernah mengetap,apakan daya bila "kuasa" menguasai diri ini aku mula melupakan diri buat seketika.

Ini bukan Takdir.Bukan!Aku Yakin dengan Qada & Qadar Nya. Ini adalah ujian dariNya.Susah mahu mengalah..bila "kuasa"menguasai diri..Tersungkur di pintu kehinaan barangkali.Biar masa menentukan..tapi bila..dan sampai bila..??

 Masa dan Kehendak Illahi adalah perumpaan yang jauh berbeza dengan dunia yang sebenar.Aku Buntu memikirkan..kemana dan arah mana aku harus lalui,,Terhina.Terkeji, perkara normal di medulla oblongata aku.Sampai bila.tidak ku tahui..

Harap ada harapan untuk hari esok,bila bangun pagi..melihat sinar itu dalam diri.Itu lebih baik,Lebih afdal.Biar diri nie puas sendiri..tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.Itu aku rasa lebih baik.Tanpa perlu berpura-pura alim..dan jadi muslim yang taat pada perintah Tuhan..dan jadi manusia bertopengkan iblis!

Berikan aku masa..aku perlu masa melayari kehidupan aku semdiri ..aku cukup terhina buat masa sekarang..Cukup terhina rasanya..jalan yang dipilih bukan hati mahu melangkah.tapi ada satu "kuasa" yang mengajak aku ke situ!..dan arah aku itu,aku cukup suka..suka hingga menggelamkan aku ke satu lembah yang tiada tepian.jauh skali untuk aku melihat daratan.Kecut perut aku..ketar lutut aku..panjang istifar aku..tapi apakan daya..aku terdaya?atau aku sengaja?..atau aku cuba?..keliru...

Aku benci perumpaan itu..hingga aku tidak mampu menemui jalan sendiri..ya sehingga kini..Mencari-cari diri sendiri sampai satu tahap aku tergila sendiri..Parah jiwa menerkah kelabu..sampai bila harus begini..terlalu banyak monolog dalam diri..terlalu tebal penyesalan dalam diri..tapi belum bertemu cinta hakiki utk Dia.

Dosa ibarat butiran pasir di tepian pantai.Terlalu banyak pasir itu!ye terlalu banyak...sehingga aku lupa..bila pengakhiran nya..Bila!..sehingga jiwa ini takut dijemput IILahi sebelum menyembah sujud penyesalan terhadapNya..Oh Tuhan ku..bagi lah aku menjadi hambaMU sebaiknya di sisiMU.Aku cuba Ya Tuhanku.

-Jiwa Kosong-



Wednesday, January 18, 2012

Syukur

Penat lelah..sama je kot rasanya.Pagi sampai malam kerja.akhirnya dibayar.Satu anugerah tak ternilai rasanya.
Sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata.Ialah orang lain dpat rezeki bila nak Raya Puasa.aku..dapat rezeki bila nak Raya Cina.hahha.seronok lah jugak.

Thursday, October 13, 2011

Rapuhnya Jiwa

Setiap helaian yang dihantar..menggamit seribu rasa..Sukar ditafsir..masih mencari alam mimpi yang tiada kesudahan.Sukar membuat keputusan,hati ini sukar difahami,bahkan sekali terperosok dalam diri..terus menerkam jiwa.Hidup ibarat roda,sekejap di atas..sekejap dibawah.Sukar ditafsir.Itulah hukum karma.Itulah Takdir Illahi yang ditulis keatas setiap manusia.Lain perjalanan di atas muka bumi ni,tapi tujuan kita sama.akhirat yang abadi.

Biar lah masa mengubah segala-galanya,kerana aku tahu,Tuhan itu adil keatas semua hambaNya.Aku berserah.!

Monday, July 18, 2011

Bila petah itu berbicara

Hasil nukilan tidah lah seindah erti yang disangka.Jauh di sudut hati mengharapkan yang terbaik..Perjalanan masih jauh untuk di tempuh..dugaan datang melanda..tewas hanya sementara..tapi hanyut takut selamanya..

Sukar mengerti diri sendiri,walhal jiwa tahu apa yang dikehendaki. Hati pilu menjiwa seni takala angin sepi pergi membawa hati lara...persis mutiara yang hilang di lautan yang luas.

Ronggoknya diri kerana terlalu mengikut perasaan sendiri.Bila Iman bukan gam uhu yang melekat dalam diri..pasti hanyut membawa diri ke lorong-lorong kehinaan itu.Manusia itu biasa..tapi bila akal bersatu LUAR BIASA namanya..Itulah RahmatNYA..ITulah TakdirNYA..

Pasti yang tahu,akan kenal diri ini.Hanya Diri Mengenali Diri.

Sunday, July 10, 2011

..perasaan itu..

setiap langkah perlu di sertai niat..bukan perasaan..kadang-kadang kita tergelincir melalui sepi-sepi hidup yang tak ada noktah.
hidup umpama roda..kadang diatas..kadang dibawah..
bongkah-bongkah hidup perlu disusun secara rapi..supaya hidup tak bersepah!..Ada hidup ada mati..jadilah manusia yang pandai menilai kehidupan..bukan menilai kehidupan semata-mata..hidup ini seketika..mati itu selama-lamanya..

Sunday, June 19, 2011

Bongkah-bongkah seni

Jiwa kalau dah meroyan,meroyan jugak..buat hal sendiri masih sama..sama meniti hari-hari yang akan datang.!Itu lumrah..kalau ada perubahan..barangkali itu seketika..tapi kalau selama-lamanya..Syukur Kehadrat Ilahi.
Bukan senanng meniti dan mencari nilai atau jalan sebenar,itu masa menentukan segalanya.Sukar digambar..tapi senang ditafsir..manusia..insan biasa..
Perubahan demi perubahan kalau tiada jihad dalam diri..susah barangkali..Hidup mudah kalau kita tahu jalan Dia.Kalau kita ikut cara Dia.Dia takkan bebankan kita..kalau kita tak mampu hadapi cabaran itu..
Biarlah jihad itu berpanjangan dalam diri,sukar untuk mengerti ..mudah di lihat..tapi sukar dilaksanakan..
Iman adalah segala-galanya.

Meratapi Sepi

Jiwa berkabung memahami isi tersirat..padahal sekian alam tahu..sepi!..
Biar jiwa berkabung memahami isi tersurat..mengamit mimpi-mimpi semalam..sepi menghantui...
Bagai roda hidup yang terlalu pasif memikir seakan diri , terlalu kagum dengan kerenah manusia yang mempunyai perasaan sama,barangkali hampir sama perangai!

Bila kerenah diri membaluti angan-angan semalam..terlalu kondusif untuk dinyatakan dengan alam maya.
Bukan sekali..bukan dua kali..tetapi berkali-kali..apabila medulla oblongata mahukan sesuatu tersirat..sukar diterjemahkan melalui fitrah!,padahal jiwa tahu bukan indah digambarkan bahkan sepi itu hadir.

Sukar mengerti,bukan khayalan diri..tetapi fitrah untuk dilalui..bukan sukar untuk mengaburi..tapi bila ia dilapisi.,pasti hitam menyelubungi.Sukar dalam sedar..fahami itu sendiri adalah jalan terbaik mengikut KATA HATI..jiwa itu mati dalam tafsiran hati.

SEPI ITU INDAH..