Monday, January 30, 2012

Aku,Dosa & Pahala

Percaturan yang lengkap sudah ditentukan oleh Nya.Barangkali kita manusia,yang hanya mampu bertahan hanya seketika.Kata tak pernah terucap..bibir tak pernah mengetap,apakan daya bila "kuasa" menguasai diri ini aku mula melupakan diri buat seketika.

Ini bukan Takdir.Bukan!Aku Yakin dengan Qada & Qadar Nya. Ini adalah ujian dariNya.Susah mahu mengalah..bila "kuasa"menguasai diri..Tersungkur di pintu kehinaan barangkali.Biar masa menentukan..tapi bila..dan sampai bila..??

 Masa dan Kehendak Illahi adalah perumpaan yang jauh berbeza dengan dunia yang sebenar.Aku Buntu memikirkan..kemana dan arah mana aku harus lalui,,Terhina.Terkeji, perkara normal di medulla oblongata aku.Sampai bila.tidak ku tahui..

Harap ada harapan untuk hari esok,bila bangun pagi..melihat sinar itu dalam diri.Itu lebih baik,Lebih afdal.Biar diri nie puas sendiri..tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.Itu aku rasa lebih baik.Tanpa perlu berpura-pura alim..dan jadi muslim yang taat pada perintah Tuhan..dan jadi manusia bertopengkan iblis!

Berikan aku masa..aku perlu masa melayari kehidupan aku semdiri ..aku cukup terhina buat masa sekarang..Cukup terhina rasanya..jalan yang dipilih bukan hati mahu melangkah.tapi ada satu "kuasa" yang mengajak aku ke situ!..dan arah aku itu,aku cukup suka..suka hingga menggelamkan aku ke satu lembah yang tiada tepian.jauh skali untuk aku melihat daratan.Kecut perut aku..ketar lutut aku..panjang istifar aku..tapi apakan daya..aku terdaya?atau aku sengaja?..atau aku cuba?..keliru...

Aku benci perumpaan itu..hingga aku tidak mampu menemui jalan sendiri..ya sehingga kini..Mencari-cari diri sendiri sampai satu tahap aku tergila sendiri..Parah jiwa menerkah kelabu..sampai bila harus begini..terlalu banyak monolog dalam diri..terlalu tebal penyesalan dalam diri..tapi belum bertemu cinta hakiki utk Dia.

Dosa ibarat butiran pasir di tepian pantai.Terlalu banyak pasir itu!ye terlalu banyak...sehingga aku lupa..bila pengakhiran nya..Bila!..sehingga jiwa ini takut dijemput IILahi sebelum menyembah sujud penyesalan terhadapNya..Oh Tuhan ku..bagi lah aku menjadi hambaMU sebaiknya di sisiMU.Aku cuba Ya Tuhanku.

-Jiwa Kosong-



Wednesday, January 18, 2012

Syukur

Penat lelah..sama je kot rasanya.Pagi sampai malam kerja.akhirnya dibayar.Satu anugerah tak ternilai rasanya.
Sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata.Ialah orang lain dpat rezeki bila nak Raya Puasa.aku..dapat rezeki bila nak Raya Cina.hahha.seronok lah jugak.